hey , assalamualaikum . pagi semuanya . hehe . ok , hari ni nak cerita pasal adik aku sikit . lalala . oh , gini tahun ni dia baru masuk tingkatan 1 . so, macammacam hal jadi bila si budak sekolah rendah perlu bertukar ke remaja sekolah menengah . dan bagi aku walaupun dia dah masuk ke tingkatan 1 dalam kepala otak aku ni duk terfikirfikir . boleh ke budak ni survive dengan keadaan yang baru ? pelajaran yang baru ? kawan yang baru ? guru yang baru ? dan semuanya yang barubaru ? hmpp . keadaan macam ni sepertinya pertama kali aku nak mendaftarkan diri ke kolej lewat tahun 2007 . mama asyik tanya aku itu dan ini . boleh ke aku bangun pagi sendiri ? boleh ke aku basuh baju sendiri ? macammacam . --"
dan ternyata dia tak dapat nak adapt keseluruhannya lagi . katanya dia tersesat dalam sekolah . tak tahu nak ke dewan . rasa nak menangis sebab tersesat . aiyooo ! ini jenis orang pun ada ke ? aku rasa sekolah tuu tak de lah besar mana . huu . mungkin baru lagi . mungkinlah . yang agak dramatik sikit dia jatuh tangga . apakah ? katanya lenguh kaki sebab hari orientasi duduk dalam dewan . sedia maklum lah kalau duduk seharian memang kaki ni kebas amat . makanya , waktu nak ke kantin dia jatuh tangga . nasiblah kau tangga last yang jatuhnya . kalau tangga yang pertama ? tak ke tergolek macam nangka busuk jatuh ? --"
yang paling aku tak boleh blah dia nak tukar sekolah sebab tak suka pelajar lelaki dalam kelas dia . bila di tanya kenapa . boleh pulak dia cakap " budak laki ni suke care hal orang etek . " apakah ? --" pelikpelik aje .
ini hal semalamnya pulak , dia tak nak ke KOKO . KOKO lah waktu yang paling best kat sekolah . walaupun balik sedikit lambat dari biasa tapi happening sebab dapat buat macammacam aktiviti . ini lain pulak dia . boleh pulak dia nak buat alasan sakit kepala atau sakit perut sebab tak nak join . haih . semakin pelik ! untunglah kalau time KOKO kau dapat seludup manamana nak balik rumah . --"
dan barubaru ni pulak dia bengang sebab kena berdiri dalam kelas . haha ! katanya tak bawak buku teks KH waktu ERT . dia pening sebab ingatkan KH&ERT subjek yang berlainan . naya lah kat budak tak tahu apaapa lagi . tapi time aku mulamula naik sekolah menengah tak de lah sampai macam tuu . --'
esok lusanya tak tahulah ape pulak yang akan jadi . semoga terus suksess dalam pelajaran Mek Mok . :)
- kalau boleh putar waktu nak belajar matematik & akaun betulbetul . :)
3 comments:
Lawokk la adek mum neh ...
mcm2 la adekk mum neh ...
muahahaha ! :P
Post a Comment