seronok kan bila jadi anak bongsu ? itu yang dirasai oleh Aryana . macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania ! disayangi , dilindungi dan dilayan bagai bagai menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya .
hmm .. bila sebut tentang percintaan , Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati .
pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak , menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan . hati jiwangnya mula terusik .
saat Aryana mula mengenal cinta , muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian . cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benarbenar menyayangi Aryana .
gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah oleh orang lain . amboi , kasih sayang buat dirinya datang bertimpatimpa , sekali harung !
mahu atau tidak , kehidupan harus diteruskan . sekarang , hanya ada satu cara yang harus dilakukan . fikir dan bertindak ! the best man wins !
- dan aku sudah habis menelaah novel ini . tak terlalu banyak konflik . terlalu ringan dan mudah di faham . dan ada satu hal yang buat aku tertarik dalam novel ni bila mana Arel memberi beberapa helai tudung dan Al-Quran sebagai hadiah hari jadi Aryana dengan menggunakan singkatan A.A tanpa pengetahuan Aryana . so , nak tahu lebih ? beli satu , bacalah lah sampai lebam ! :D
kat bawah ni ada trailernya . tengok ajelah . adios !
- seminggu baru habis baca . kesiannn . :/
No comments:
Post a Comment