Tuesday, January 22, 2013

Review : Qaseh Nuralia Imani -- Arin Arida


Takdir Allah adalah takdir terindah. yakin dengan ketentuanNya dan sabar dengan dugaanNya.
 bahagia pasti menjadi milik kita.






Syed Iskandar terpaksa akur dengan keputusan kedua orang tuanya untuk menerima gadis yang digelar sebagai MUMIA kerana 'berbungkus' elok dari hujung kaki ke hujung kepala dengan jubah hitam serta bertudung lengkap dengan niqab yang melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani sebagai isteri.

"Entah perempuan manalah yang walid dengan umi KUTIP untuk dijadikan bini aku ni?!" - Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iqrami.

behadapan dengan kebencian suami sendiri bukanlah sesuatu yang mudah untuk Nuralia. segala maki hamun Syed Iskandar padanya, diterima tanpa kata balasan. keperitan hidup yang dilaluinya selama ini menjadikan dia seorang yang sabar dan tabah menghadapi setiap dugaan.

"takdir Allah adalah takdir terindah. redalah dengan ketentuan-Nya, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah." - Nuralia Amani.

takdir Allah, tiada yang mampu menjangka. ego Syed Iskandar akhirnya jatuh mneyembah bumi. kebencian Syed Iskandar hilang dek lembut kasih dan tulusnya hati milik Nuralia Imani. namun kisah mereka tidak semudah yang disangkakan. pelbagai dugaan datang bertimpa di saat mereka mula menyemai rasa cinta. masih adakah sinar untuk Syed Iskandar dan Nuralia Imani mengecap bahagia? berjayakah misi jahat Roy dan Bella untuk membalas dendam pada Syed Iskandar? relakah Akira mengalah dan berkorban demi cintanya pada Nuralia? siapa Qaseh yang muncul sebagai penyelamat di saat rumah tangga mereka sedang retak menanti belah?

***

hey ho! lama tak review novel. heh. okay okay ini novel yang terlatest aku baca walaupun novel ni dah keluar Ogos last year garapan Arin Arida. baru rasa nak baca sebab? sebab? sebab tak nak bagi otak berkarat tanpa sebarang bahan bacaan. ye dok? kih kih.

okay let's!

plot ceritanya biasa biasa je. kita dah dapat teka apa yang akan jadi. cumanya novel ni bertambah tambah best sebab banyak elemen manis bergula dalam ni. hik!

kisah Syed Iskandar yang dipaksa kahwin dengan pilihan keluarga iaitu seorang sukarelawan bernama Nuralia Imani. rancangan licik Syed Iskndar dan Bella membuatkan Syed Iskandar menerima pilihan keluarga yang berselubung sepanjang masa kerana Nuralia gemar bejubah dan berniqab. sampailah Syed Iskandar membuat andaian yang isterinya ini gigi berkarat atau bekulit muka berkerutu macam limau purut sebab selalu memakai 'penapis habuk'.

sampailah kecurangan kekasihnya Bella membuat Syed Iskandar sedar diri dan mula berlembut dengan isterinya. dan dalam masa yang sama isteri yang selalu di makinya itu adalah seorang graduan lulusan universiti jepun dan cantik jelita. sehinggalah kemunculan Akira yang membuatkan Syed Iskandar cemburu dan tak senang duduk. well hello! isteri cantik ada yang nak sambar. siapa yang tak senang duduk. eh? eh?

dan juga rancangan licik Bella dan Roy menghasut Akira untuk merampas Nuralia daripada Syed Iskandar di  Gemia Island semasa gathering The Legend Prince. kemudian semuanya menjadi huru hara kerana rakaman pita video sampai ke tangan Syed Iskandar.

dan di akhir cerita sesuatu terjadi pada Akira dan seperti biasanya happy ending untuk Syed Iskandar dan Nuralia. 

***

kisah yang snagat best dan dan banyak cerita cerita intim laki bini. haih. adik adik bawah umur nak baca jangan sampai berkhayal lelebih. 

dan dan aku suka satu ayat budak kasa (kasanova) si Syed Iskandar ni masa nak berbaik baik dengan Nuralia.

' you are under arrest '

' for stealing my heart '


cair ke idok kalau dapat gini? heh.


so, untuk lanjutan boleh lah serang toko buku yang ada menjual novel sebegini dan selamat membaca.
bai! :D


No comments: