ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. meski hatinya luluh terluka, namun demi anak-anak, dia bangkit semula daripada kekecewaan semalam untuk meneruskan hidup.
pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan. namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah menyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya. Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua. namun, mana mungkin kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk menerima cinta baru. dia sudah penat dikecewakan.
kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat disenangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha. perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? dimanakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya?
***
hola holi di beri nama cekibom cikebom. muahah! selamat hari selasa manusia bumi. well well satu lagi review nobel iaitu Setulus Hati karya Rozita Abd. Wahab, bukan Rozita Che Wan ye. keh keh! baru aje selesai baca dua hari lepas. cetakan pertama novel ni di tahun 2008. agak ketinggalan gitew nak buat review di tahun 2013. eh? *kelipkelipmata*
so let's!
****
Setulus Hati mengisahkan Zulaikha dan dua orang anaknya di landa kesedihan setelah ditinggalkan oleh Zamri kerana wanita lain.
setelah lama berpisah, Izham kawan sekolah Zulaikha muncul kembali untuk merebut cintanya. namun dalam masa yang sama juga Nik Azhan iaitu bos baru di syarikat Zulaikha juga cuba mendekati Zulaikha. Nik Azhan dalah pilihan abang Zulaikha untuk dirinya dan Izham adalah pilihan hatinya.
namun kemunculan semula bekas isteri Izham iaitu Lucia, seorang mualaf dan seorang anak yang lahir tanpa pengetahuannya memaksa Izham kembali ke pangkuan keluarga atas rasa tanggungjawab. mahu atau tidak Zulaikha terpaksa melepaskan Izham. dan peluang ini digunakan abang Zulaikha (Zaidi) untuk memujuk Zulaikha menerima Nik Azhan.
Nik Azhan ni pulak kawan baik kepada abang Zulaikha iaitu Zaidi. seorang lelaki yang baik dan mencintai Zulaikha tanpa syarat. Nik Azhan ni sebenarnya dah suka benar dengan Zu sejak di zaman sekolah tetapi terpaksa berundur diri kerana Zu mencintai lelaki lain.
Nik Azhan mula nekad untuk tidak membenarkan sesiapa lagi melukakan hati Zulaikha selepas melihat Zulaikha kecewa dengan Izham. maka Nik Azhan memulakan agenda untuk menawan hati dua anak Zulaikha dan akhir sekali menawan hati Zulaikha.
hidup Zulaikha kembali bergolak bila mana bekas suaminya muncul kembali dan mahukan anak-anak kerana isteri barunya tidak boleh mengandung.
****
so gimana seterusnya?
pergi book store cari novel Setulus Hati dan baca. buleh? hikk. beli lah beli lah.
dan dan rasa macam padan muka kau Zamri sebab sibuk duk kejar perempuan lain. last last? rasakan! *emoemo*
penulis novel ni baik hati bagi Nik Azhan yang romantik, pelindung dan penuh dengan kasih sayang. untungnya Zulaikha!
jangan lupa beli dan baca.
tata!
:D
No comments:
Post a Comment