hari tu lepas pergi kenduri emma sabri SINI (kalau tak baca lagi) kami terus ke Natural Batik Village. tujuan? nak jumpa kawan. tapi dah alang alang ini kali pertama sampai ke sini sempat lah jugak lihat lihat apa yang menarik kat sini. so let's travel!
Natural Batik Village ni terletak di Cengal Lempong, Balok. tak jauh mana pun dari bandar kuantan. biasa lalu nak ke bandar aku pandang dari jauh je. pernah jugak terfikir nak datang sini dan tup tup dapat jugak ke sini. tempat ni sangat best!
dekat sini banyak jual cenderahati. bermacam macam. rambang mata jadinya. ada kandkerchiefs, scarf, pario, tshirt, women outfits, childrens wears, tote bags, shopping bags, photo frame dan macam macam. nak di senarai semua kejap lagi tak dan nak bagitau hal lain. so, sempat lah jugak ambil beberapa keping gambar.
see? sangat warna warni dan menarik kan? haih.
harganya? memang harga dia mark up untuk orang luar. so, boleh buat calculation sendiri nak beli ke tak. ada jugak yang murah. tapi benda benda macam penampal peti, bookmarks dan barangan yang seangkatan dengannya.
suasana kat dalam ni sangat cantik. tempatnya pun luas. ada bahagian bahagian yang dah di seperate. so, mudah kita nak tuju yang mana dulu. nak tengok batik ke. nak tengok pario ke. semua dah ada part masing masing. so, kalau datang sini agak agak nak beli souvenir untuk kawan kawan sila lah dan sangat perlu bawak duit yang banyak. kot rambang mata jadi nak beli semua. kih kih.
seterusnya, kami menghendap pulak ke Batik Room. banyak betul lukisan yang cantik cantik kat sini. dan di bawah adalah contoh yang sempat di ambil. sila sila cuci mata. :)
seterusnya, kami menghendap pulak ke Batik Room. banyak betul lukisan yang cantik cantik kat sini. dan di bawah adalah contoh yang sempat di ambil. sila sila cuci mata. :)
cantik kan? yang paling kiri bawah tu rasanya memang betul pakai kulit binatang. tapi tak sure kulit binatang apa. sebab aku dah sentuh sentuh sikit hari tu. hehe. tapi harga untuk satu lukisan tu memang aku tak tahu. sebab? ralit duk tengok lukisan yang lain. haih.
dan kebetulan masa kami sampai sini, adalah beberapa pekerja sedang mewarna dan lilinkan kain. lukisan dia super duper cantik baq hang! ini mata naik berpinor tengok.
akak ni sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja nampaknya.
ini contoh yang ada dalam Batik Room. cantik kan?
akak ni pulak buat part lain. lilinkan kot. eh? --'
dah puas selongkar area batik room kami keluar kejap jalan jalan. rupanya ada lagi kedai dekat luar. ada Ghazali Art Gallery, The Bamboo Shop ada Butik Village Restaurant dan lain lain juga. tak sempat nak ambil gambar sebab, sebab tiba tiba ada sorang pekerja datang tanya
' nak apa? '
dengan muka tak puas hati. terus aku rasa macam ah jom balik. menyampah orang macam ni.
nak di kata di larang jalan jalan kat sini tak jugak. nak kata tak boleh ambil gambar. tak jugak. memang cara pekerja situ sambut tetamu macam gitu eh? okay. faham. :)
ok abaikan pekerja sememeh berkenaan. dan dan kalau ada yang nak datang Kuantan jom ler singgah ke Natural Batik Village. semua barang mampu beli dan banyak pilihan.
Natural Batik Village di buka apada jam 10 pagi hingga 7 petang pada setiap hari. dan juga selamat mencuci mata dan membeli belah di sana. babai!
anugerah Kedai Harga Patut kategori Batik/Songket. hehek. ewah! sempat promote.
Natural Batik Village di buka apada jam 10 pagi hingga 7 petang pada setiap hari. dan juga selamat mencuci mata dan membeli belah di sana. babai!
No comments:
Post a Comment