Monday, March 18, 2013

Review : Andai Itu TakdirNya -- Siti Rosmizah

cintamu sesegar embun nan pagi
semakin resah menanti terbit mentari
hangatnya yang membakar mengeringkan
segala keindahan yang penuh kepalsuan 






Aleya seorang gadis yang cantik dan berlatar belakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seoarang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling  tinggi. mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika itu telah mula ada getaran buat Aleya.

" salahkah Leya mencari sedikit bahagia? mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? memang Leya miskin tapi Leya juga ada maruah diri. "

terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

" saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. saya pekakkan telinga mendengar cemuhaan masyarakat sekeliling. "

kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego,bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. namun, di hati Syed Aizril hanya Aleya yang bertakhta.

" you dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah I akan pastikan hidup you musnah. musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. you tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji. "

namun, adakalanya cinta mereka teruji di tengah jalan kerana keegoan seorang lelaki yang memuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

" Leya jangan tinggalkan abang. kembalilah sayang, kembalilah. jangan teruskan perjalanan itu. berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika. "

salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang di ciptakan oleh suaminya. habis manis sepah dibuang. dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. akhirnya dia telah terluka untuk kali kedua kalinya tetapi kali ini kelukaanya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. itulah kisah peremupan yang bernama Nur Aleya binti Idris.

cinta, cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

" selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku reda. namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil. "

cinta, cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

" Leya, abang janji dengan nama Allah abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. percayalah sayang, Leya takkan keseorangan lagi. abang sayang Leya dengan penuh hati abang. "

***

hari ini dalam sejarah! berjaya menghabiskan sebiji nobel yang tebal menaun dalam masa dua hari. *siulsiul* itu pun sebab cerita dia best yang amat dan pinjam dari orang. haruslah di habiskan cepat. cerita Andai Itu TakdirNya karya Siti Rosmizah ni kalau di dramakan meti best. heh? tiba-tiba.

cerita ni bermula di Warmick Universiti, tempat Aleya dan Aizril bertemu. Aleya masa tu dah simpan rasa sayang kat Zril. tapi memandangkan mereka tidak setaraf. dia simpan suka diam-diam je. tapi takdir telah menyatukan mereka dengan satu insiden di kondo Zril. masa tu mereka dah pulang ke Malaysia. mereka di tangkap khalwat atas perbuatan khianat kawan baik Zril. maka bermulalah penderitaan Leya selepas berkahwin dengan si egois dan baran si Zril ni. Zril dera Leya dari segi metal dan fizikal. sampaikan sanggup memperkosa Aleya, bininya sendiri. eh eh part yang aku rasa macam lahanat je si Zril ni! 

lepas kes perkosa tu, Leya hamil dan dalam masa yang sama Zril nak ceraikan Leya sebab nak kahwin dengan sepupunya yang gedik lagi geletis si Sharifah Emilin. 

watak Sharifah Emilin ni tiap kali ada, tiap kali tu aku memaki hamun dalam hati. kalau betul wujud manusia pe'el macam dia ni, aku tak retilah nak kabo macam mana. 

dan watak Zril dalam ni pun boleh tahan sakit jiwa aku baca. sibuk dengan ego sampai Aleya yang tak bersalah pun dipersalahkan. yang paling sedih tak ingat bila Zril sanggup menghantukkan kepala Leya di tiang seri rumahnya waktu Aleya pregnant. oi boleh bengong kepala. fuh!


kalau dua puloh bintang ada, aku bagi dua puloh bintang kat novel ni. tersentuh gila baca novel ni walaupun aku bukan gegadis yang cepat tersentuh bila baca novel. heh. novel ni pun dah banyak cetakannya since di keluarkan pada tahun 2008. bravo! 


kalau nak tahu apa kejadian yang meragut nyawa Aleya dan menjadikan si Zril ni berubah boleh beli novel ni di toko-toko buku. nak cerita bagi habis nanti jadi tak seperais. tak gitu?

babai! :D

2 comments:

Unknown said...

Malassss nak baca cite cinta saiko2 ni... skali baca 5 tahun emosi... baca novel diary of a wimpy kid ngn dork diaries agi best(ade aku kesah baca novel budak2?) keh keh keh keh...

ZR said...

amboi sampai lima tahun. saya pun bukan peminat tegar novel sangat. mih mih. dork diaries? last baca pun pinjam buku student. haha.