halu-halu semua belaka. hari ni macam tak banyak sangat kerja so jom mari buka mata luas-luas tengok gambar masa dinner. terlewat update. busy gittew. temanya colourful night. dan rasanya semua dah ala-ala 'abang la' dan 'mek la'. nak colourful sangat kan? kan? rasa semua. mih mih!
1) ketibaan GM
2) emcee di hari bahagia
rasanya ini kali pertama dan terakhir aku jadi emcee. sudah cukup-cukup sudah. oceh! nak mulakan majlis tu lidah rasa macam keras. dah bila bercakapnya suara terketar-ketar. nak pulak ada family. ada entah siapa-siapa lagi yang datang. oh serius malu oi! malu-malu-malu! dengan takde rehearsalnya. malam tu lah baru kelebek text. nak pulak text siap bernombor-nombor segala. tak tahu nak baca yang mana. konklusinya, kuca lana. haih. apa pun tak boleh. tapi ok lah ada jugak pengalaman jadi emcee. ye dak? mula-mula je pun rasa macam kelam kabut. last-last dah jadi macam, waa seronok jugak bercakap-cakap ni. eh? --'
3) persembahahan dikir puteri
tiga hari sebelum dinner baru praktis. semua kucar-kacir. ada yang ke kiri. ada yang ke kanan. aku kat sebelah mampu geleng kepala jela. jahat ork? hik hik! tapi salute kat kakak-kakak ni semua sebab berani menebalkan muka bukan sahaja dengan makeup tetapi juga untuk buat persembahan. tengok pada gambor semua bersemangat betei.
4) peragaan pakaian
main peraga-peraga baju ni kerja last minit. surprise lah kononnya. aku gila kering idea tak tahu nak cakap apa. last-last panggil nama je. di persilakan semua mat-mat dan mek-mek la. haha. gurau je weh! --'
5) sambutan ulangtahun
ini memang tiap kali dinner memang buat. tradisi. eh? nak menyambut anniversary MBR yang sejujurnya aku tak tahu tarikh bila wujudnya MBR ni dan juga empat lagi staff lain yang kebetulan sambut ulangtahun pada bulan januari dan februari. kek sponsor dari D'Bak Bakery. sungguh sedap. yummy!
6) pertandingan karaoke
ini satu lagi hal yang kurang gemar. karaoke! fuh. kena masuk jugak. kalau karaoke setakat suka-suka aku kau nak dengar boleh lah. zaman budak-budak dulu yela suka benar time nyanyi depan orang. sebab tu selalu masuk nasyid. jagi solo gittew. haha. dah tua-tua ni rasanya dah tak sesuai sangat kot nak kena nyanyi-nyanyi depan orang ramai. senget-senget jugak mulut aku nak control gelabah malam tu. --'
7) King & Queen of The Night
dan akhirnya ini pemenang King & Queen Of The Night. tapi sebelum tu, ada jugak pemberian voucher dan juga saguhati dari majikan. kira okay sangatlah dapat saguhati ni. ye dak? dapat topup duit gaji. hehe. sebelum tu ada juga kami buat acara kotak beracun dan kuiz terbuka untuk staff dan keluarga yang hadir. maaflah kalau soalan kotak beracun sangat tak membina. serius aku dah tak tahu nak buat soalan apa. siapa yang kena tu nasib lah. hahak!
8) sesi bergambar
aktiviti terakhir sebelum menutup tirai dinner malam tu sesi bergambar kenang-kenangan. gila banyak photog sampai tak tahu nak pandang mana. tapi yang penting pandang kamera sendiri dulu. itu dia! mih mih. inshaAllah panjang umur kita jumpa di sesi dinner yang lainnya pula ye kawang-kawang? :)
macam banyak lagi nak bebel. sebab macam-macam jadi malam tu. hehe. kang nak di bebel plus upload gambar banyak-banyak jadi bosan. cukuplah yang ada ni. eh?
sini ada bideo dinner. thank you pakcik bakar. hehe. boleh tengok dikir puteri yang-yang-yang em tengoklah. hehe.
tapi kan sebelum tu kan-kan-kan.
itew dawpawt numberw satuw karaowke. *dush tampar pipi* haha. nampaknya rendang tak berbuah ku membuahkan hasil. kih kih. berbaloi nyanyi sampai senget-senget mulut. eh?
babai!
4 comments:
kurus gile dah poot!!! xmakan ke? @_@
saya makan macam orang bela saka iqa. tak tahu kenapa kurus mendadak. --'
Hepi kot.... kadar metabolisme pun meningkat :P smpi xkenal dah poot... balik2 tgk gambar ru pasan yg kat podium tu awk~! =.=" mkin kiut....
makan cukup kerja sini. mau tak happy. heheh. bukan makin kiut. makin kering tak bermaya. haih. --'
Post a Comment