Saturday, April 13, 2013

Review : Memang Dah Jodoh -- Antasya Balkis

semusim kenangan cinta yang berlalu
antara masa dan ketika
cinta masih seiring di hati kita.



kerana kasih sayang seorang sahabat dan tentangan keluarga, Dian Aruni berpisah secara rela dengan Engku Izmier. namun takdir mempertemukan mereka semula secara tidak di duga. kasih Engku Izmier kembali bertaut tetapi tidak berani diluahkan lantas dia memendam perasaan dalam diam. tetapi sebuah peristiwa telah memalukan keluarga Engku Izmier di mata masyarakat melalui media. Dian Aruni yang tidak sanggup melihat keluarga Engku Izmier dimalukan telah meminta pertolongan Zariff, sepupunya dengan menawarkan diri menjadi suri hidup Zariff. apakah kesudahan cinta Engku Izmier? siapakah yang bakal memiliki Dian Aruni?

"Syukur Tuhan, aku bertemu Dian semula. terlalu banyak perkara yang ingin aku adukan padanya. dan selebihnya kerana aku masih cintakan dia." - Engku Izmier

"Terperasankah Engku Izmier yang dia memotretkan wajahnya yang asyik memandang ke arah lensa kamera , seolah-olah sedang mengintai aksi si pelaku yang sedang mencuri gambarnya untuk dirakamkan. ah, minta-minta janganlah! mungkin Engku Izmier sekadar ingin menduga. - Dian Aruni

"Abang tahu abang dapat cinta Dian dengan cara ini tapi abang tak rasa Dian ikhlas dengan abang. Dian terpaksa demi Mier, kan?" - Zariff

_______

karya ke-dua Antasya Balkis. cetakan pertama pada tahun 2012. cerita mengenai cinta yang tak kesampaian kerana darjat dan harta. Mier dan Dian merupakan pasangan sejak belajar bersama-sama di luar negara tetapi telah di halang oleh Engku Rahimah iaitu ibu kepada Mier. kemudian, Mier di satukan dengan Diba iaitu sepupu dan juga rakan baik Mier dan Dian. dalam masa yang sama Diba juga sudah punyai buah hati sendiri iaitu Roslan. Mier terpaksa berkahwin dengan Diba kerana pilihan ibunya dan bagi menutup malu diri Diba yang sudah terlanjur dengan Roslan. manakala Dian pula di hina oleh Engku Rahimah kerana bapa beliau merupakan seorang banduan kerana membunuh ibu Dian.

beberapa tahun sekembalinya mereka ke tanah air. Dian bertemu secara tidak sengaja dengan Mier di satu majlis fesyen. selepas perjumpaan pertama itu, Mier terus berusaha mendapatkan semula Dian. dan dalam masa yang sama Zariff iaitu sepupu Dian juga sedang berusaha untuk mendapatkan Dian.

bermacam-macam perkara yang terjadi. nak di cerita satu-satu nanti tak seperais lah kalau nak baca kan? so, antaranya kehadiran Dalia. Tengku Salihin dan Tengku Sazzy. macam mana pulak dengan Dian? siapa yang dia pilih? Mier, bekas kekasih lamanya atau Zariff, abang saudaranya? dan, adakah Engku Rahimah akan menerima semula Dian? hehe. 

jujurnya, cerita ni kadang agak berbelit-belit. tapi masih boleh di fahami. dan juga banyak sangat pengulangan ayat. maka ianya jadi sedikit membosankan. eleh, macam kat belog aku ni jugak. ayat entah hape-hape. eh? hehe. tapi takpe. moga novel Antasya Balkis yang akan datang lagi bagus lepas ni.

so kalau ada lima bintang, aku bagi dua je. anda baca, anda faham dan anda rumuskan sendiri.

adios!

No comments: