baru selesai diinterview isnin lepas. dan terus di hire. hire? hire? blergh. sebenarnya sebelah resort yang aku kerja sekarang ada satu lagi resort apartment yang baru di buka. lagi besar. lagi cantik. lagi rilek dan semua lagi, lagi dan lagi. malangnya, kerja yang aku applied dia tak nak bagi. kemon lah, kemon. sedeh betei rasa. so, dia rekemen jawatan yang aku dah kerja sekarang. wth. huargh. kalau untuk jawatan yang sama aku rasa ada baik aku terus saja tabur kudrat aku kat tempat kerja sekarang ni. sebab? aku pergi interview untuk kerja office hour dan tak nak shift. last-last nak bagi jugak kerja bershift dan dan shift sampai 1 pagi? kemon lah, kemon lah sekali lagi. kerja sekarang nak close shift jam sebelas pun mata boleh sangkut dengan lidi ini kan pulak sampai jam 1 pagi?
'kenapa apply admin? dah tak minat fo?'
'tak nak kerja bershift dan tak nak jumpa orang ramai dah.'
'takpe. putri lagi sesuai jadi fo. saya hire putri. 15 jun masuk kerja.'
'em. saya tak nak. tak nak kerja bershift.'
'saya yakin awak boleh. ok?'
apahal orang ni tak faham sangat? macam nak ajak mengeja TAK NAK je.
'kebanyakan fo yang bekerja dengan saya kerja separuh jalan. tahu kenapa?'
'kerja lain kot.'
'tak. dah duduk depan jumpa orang kaya-kaya. terus kahwin je.'
pardon? motif?
'boleh shopping di pavillion. ecm ada apa? takde barang branded.'
motif?
sejam dengar dia bercerita mengelegak je rasa. entah kenapa. nak cari kerja je pun. yang bercerita bukan-bukan dah kenapa? kenapa? oh.
tak juga rasanya melampau kalau ni interview paling merapu aku pernah datang dan soalan yang di tanya pun alahai kecewa je aku dengar. nak menjawab pun malas. dushh!
'saya hire awak putri. saya tahu awak boleh. jangan kecewakan saya.'
senyum.
pedulilah. aku tak nak.
*katanya ning baizura dah sewa kat situ. lantak lah.
2 comments:
hahaha..yg interview tu laki ke pompuan? dia citer pasal kawin dengan org kaya tu sebab dia nk pancinga waklah tu..hehehe..
lelaki. itu yang saya rasa. tak nak lah kerja yang sama. kerja shift takde life.
Post a Comment