dalam soal hati... benarkah perempuan tidak pernah dewasa?
aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun... cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. perkahwinan ini satu tanggungjawab... melepaskannya jua satu tanggungjawab yang tidak terjawab. bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. namun mampukah Dee terus bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tidak bertali...
***
kisah Puteri Nur Deanna seorang anak yatim piatu. dia membesar sebagai tomboy di alam remaja dan kolej. Puteri senang di panggil Dee. dia mula menjadi gadis yang jelita dan bijak apabila mula menginjak dewasa dan mula bekerja. dia digilai ramai lelaki sehinggalah berjumpa kembali dengan suami yang ditinggalkannya tujuh tahun lalu di syarikat yang sama iaitu Mohd. Hakim B. Dato' Salihin.
bermula dari perkenalan itu, Puteri berusaha kembali untuk menawan Hakim dalam masa enam bulan. sehinggalah Puteri disahkan mengandung dan cuba lari dari pengetahuan Hakim.
nak tahu kenapa dia tak nak bagitahu Hakim? boleh baca sendiri. tak best lah kalau bagitau awal-awal. oleh kerana keegoan Hakim sendiri, Puteri menderita sepanjang mengandungkan anak sulung meraka. lelaki ni memang tak dapat nak dipisahkan daripada ego ke? nak marah betul aku. *emo
so, nak tahu ending dia macam mana? boleh cari Selamat Tinggal Sayang di kedai buku atau pun boleh dapatkannya secara online. tak rugi kalau membeli. dan kesimpulannya, novel ni BEST. sepuluh bintang aku bagi. :D
ciao!
*agak-agak cerita Gelora pun best macam ni tak? kena cari jugak ni. :D
No comments:
Post a Comment