Thursday, July 25, 2013

Review : Dosa -- Nuril Basri

untuk orang-orang yang tak mampu bicara
dan tak diberi suara, semoga tulisan ini bisa
bercakap dan bernyanyi untukmu.




Ricky, bidadara separuh telanjang dan Yusuf yang lembut ala-ala perempuan; siapa sangka mereka pelajar sekolah pondok di indonesia?

keluar dengan rela dari rumah orang tuanya, Ricky (17 tahun) terlibat dalam pergaduhan bukan hanya di sekolah, tetapi di dunia luar. juga berkenalan dengan Iwenk yang menjerumuskannya ke pengalaman baru yang kelam.

muncul Paris, sebagai penyelamat atau orang yang harus diselamatkan? Oskar pula ditemukan dalam lopak darah di lantai asrama Ricky dan Yusuf.

dalam dunia malam, mereka mengenal erti persahabatan. siapa sangka di celah-celah apa yang dicop masyarakat sebagai DOSA, mereka dapat menjadi manusia yang lebih baik?


****


'menurutku, semua orang mahu tahu tentang hal ini. tentang cara kami kehilangan keterunaan kami.'

nah itu baru prolog. aku terus macam

'buku gay benda aku beli ni?'

kakaka.

permulaan Dosa di perkenalkan dengan watak Ricky, seorang pemuda yang masih menuntut di sekolah menengah tetapi tidak di hiraukan keluarga. beliau merasa terpinggir dan mengambil keputusan untuk menetap di sekolah pondok. di sekolah berkenaan beliau berkenalan dengan Yusuf iaitu adik Bang Ali dan sejak berpindah dibilik Yusuf mereka berkawan rapat.

di sekolah baru, Ricky bertemu Paris yang mempunyai naluri keperempuanan. Paris di lihat seperti seorang yang indie dan tak suka ambil peduli apa cacian yang diterima. oleh kerana Ricky kesempitan wang dan tergoda dengan dengan kehidupan serba mudah seperti yang di canang oleh Paris, akhirnya Ricky bersetuju menjadi 'belaan' Paris.

di pertengahan cerita muncul Oskar, pelajar sekolah lain yang pada mulanya sombong tetapi terpaksa menolak ego kerana Ricky dan Yusuf menyelamatkannya dalam suatu insiden di sekolah. wujudnya empat sahabat ni hidup mereka menjadi semakin kompleks dan hidup mereka terus berbaur dosa. 

novel ni asal tajuknya Bukan Perjaka yang berjaya di terjemah oleh Nabila Najwa menjadi Dosa. tak semua suka novel macam ni kot. sama ada tersenyum lebar atau mencebik jijik anda boleh cuba membaca Dosa. 

keseluruhannya sangat puas hati tahap kembang hidung tak boleh kuncup. jom beli dan selamat datang ke dunia DOSA. 


'Oskar pernah mengatakan, akulah sahabat terbaiknya, Parislah sahabat terbaikku, Yusuflah sahabat kami semua. tapi memang jika berjodoh dan ditakdirkan lagi satu dengan lainnya, sayap-sayap kami yang sudah terkoyak pata pada hari itu, suatu saat akan sembuh dan membawa kami terbang kembali ke sarang yang sama.'






No comments: