cinta itu datang dan pergi
cinta itu boleh hadir tanpa dipaksa.
Alia, seorang pensyarah Matematik yang bertugas si salah sebuah kolej di ibu negara, terpaksa menghadapi takdir hidup apabila ibu dan ayahnya ingin mengahwinkannya dengan anak kenalan mereka. disebabkan Alia tidak berani untuk mengatakan tidak, dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan daripada bakal suaminya, Syah.
"Memanglah rancangan saya... tapi, awak dah setuju nak tolong saya. awak cakap yang awak akan pastikan mak dan ayah awak batalkan rancangan ini.''
"saya dah buat keputusan apa yang termampu."
Syah yang kononnya bersetuju untuk membantu, membuat agenda tersendiri. berpura-pura seperti dirinya tidak mampu untuk membatalkan rancangan kedua-dua keluarga itu. hakikatnya, hati Syah sudah terikat saat melihat Alia sebelum ini.
rela dalam terpaksa, Alia terpaksa terima kenyataan yang takdirnya sudah tertulis begitu. mereka sah bergelar suami isteri. namun, hubungan suami isteri itu hanya pada nama. Alia yang mempunyai kisah silam, tidak mampu untuk menerima Syah. namun, Syah berusaha sedaya mungkin untuk memiliki hati Alia sepenuhnya.
hari berganti hari, bulan berganti bulan, hubungan Alia dan Syah semakin baik. timbul rasa sayang di hati Alia. ada rasa rindu yang dirasa Alia buat Syah. namun, kebahagiaan yang baru mahu berputik tercalar saat Kerol, kawan sepermainan Alia, muncul dalam hidup mereka.
mampukah Alia dan Syah mempertahankan rumah tangga mereka? kisah silam apa yang disimpan Alia? apakah agenda Kerol yang sebenarnya? mampukah Syah mengekalkan statusnya sebagai suami?
***
seperti biasanya kisah pasal kahwin terpaksa. watak Alia yang terlalu membenci suaminya tanpa sebab dan degil buat rasa macam nak jotos kepala dia. berani dia tak suka husband dia, arkitek kot. eh? kikiki. watak Syah pulak nampaknya kadang-kadang penulis terlupa nak bercerita. akhir-akhir cerita baru terasa macam ada Syah. tengah syok membaca tiba-tiba pulak datangnya Aidil waktu nikah Alia dan Syah. suspen oi! nak tahu siapa? kena baca. dan jugak tiba-tiba muncul Syila, misteri sungguh dia akhir-akhir bab muncul pulak Doktor Khairul. oh, drama-drama-drama!
hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang kuat berjaya di tonjol dengan baik. walaupun kadang-kadang datang jugak terfikir, ada ke family macam ni? ada ke kawan macam ni? tapi ini kan novel. mustahil juga jadi bisa.
satu part yang aku tak dapat nak cerna dengan baik pasal kisah silam Alia. aku mati-mati ingat dia pernah eksiden tak pun kena rogol tak pun dia tu sebenarnay anak angkat. semuanya meleset! rupanya semua pasal Yaya. nak tahu siapa Yaya kena beli novel ni.
percubaan pertama yang baik dari Cahaya Ainn. monolog dalaman yang hampir keseluruhannya kelakar dan boleh buat sengih-sengih sorang. dari satu plot ke plot jadi macam tak sabar nak tahu macam mana kesudahannya. tak rugi beli, tak rugi baca. aku bagi empat bilang kelip-kelip dari lima.
Cahaya Ainn, teruskan berkarya dan saya nantikan novel seterusnya. :)
ciao!
4 comments:
hahaha. thx for the review. part watak shah tu memang betul pun. tu pun editor suruh tambah sikit watak dia. terlalu syok citer part aliah je kan..hehe. nway, thx for review n read. pasni leh review citer lain lak ye..heee..
ini pun macam tak nak buat review. nanti awak marah. kakaka. tapi serius cerita ni best. keep it up! :)
nak marah apanya. pengakuan jujur diperlukan.haha. sebab baru tau yang sy tak letak banyk watak shah tu. so next novel sy akan balance kan kedua-dua wataklah..kira awak punya komen tu sama dengan editor sy tu..
hee. saya cuba jugak gugel kot-kot dah ada yang review. semua pakat letak sinopsis kat belakang buku tu je. haih.
Post a Comment