Sunday, September 22, 2013

Review : Bukan Perempuan Sundal -- Syahid Abdullah


apa rasanya bila kau sebenarnya menghampiri apa yang kau jauhi selama ini?






semua orang punya ceritanya sendiri, tambah lagi seorang perempuan. yang asalnya dari kampung, datang ke kota mencari pembaikan. dijumpanya lebih sekadar pembaikan bila satu demi satu cerita di bongkar. Nurul, mahu buktikan yang dia Bukan Perempuan Sundal.


***


benda pertama yang terpaling aku suka kat buku ni, bunga bahasa. ya rabbi, lemas aku. lemas. kakaka.

cerita pasal kebanyakan sinetron petang-petang kat tibi. kau punya keluarga susah, kau nak ubah hidup, kau pergi KL nak cari wang untuk bawa pulang. last-last? sinetron bersambung minggu depan. cisss. dari dendam, perebutan harta, cinta semua ada dalam cerita ni. apa lagi kau nak?

Bukan Perempuan Sundal lebih memfokuskan kepada kehidupan Nurul yang dahulu di seksa ugut oleh saudara sendiri seperti binatang. atau lebih tepat katanya Nurul, syaitan. untuk menghidupkan semula kehidupan keluarga selepas kematian bapanya, Nurul bertekad untuk ke kota.

di kota, Nurul di selamatkan Nasir ketika cerita gelap zaman remajanya hampir berulang kembali. Nurul hidup di samping Nasir dan juga Capang, kawan jatuh bangun Nasir. hidup Nurul mewah dengan hasil usaha 'perniagaan' Nasir sehingga lah sampai satu saat Nasir menghilangkan diri tanpa sebarang kata. 

di akhir cerita, Nurul menerima sekeping nota daripada Capang menceritakan hal sebenar hubungan mereka berdua. eh dah kenapa Capang pulak? kenapa bukan Nasir? nahhhh. nak rumus lebih-lebih tak syok ah. tapi kalau baca sekali memang rasa nak ulang baca empat tujuh doblas kali. sungguh. eceh.

nak tahu ending Nurul macam mana? mana Nasir hilang? Capang ni siapa pada Nurul? bacalah Bukan Perempuan Sundal. sokong cerita orang-orang kita. dari lima bintang aku bagi empat point lima bintang.

yang penting bagi aku Nurul, dia Bukan Perempuan Sundal. 

babai!


No comments: