Sunday, September 8, 2013

Review : Puisi Tepi Jalan -- Fynn Jamal





banyak yang susah sebenarnya dalam hidup aku.
banyak nak mampos.
benda yang orang fikir cuma ada dalam dram2 bangang di kaca tv.

apa aku tak pernah rasa?

apa kejatuhan paling tipikal dalam filem2 yang aku tak pernah tanggung? dari lari dari rumah merempat sampai la miskin tahap kereta kena tarik yang bikin ego berderai demi melutut pada macha tarik kereta. hidup bergelumang dengan macam2. kenal dengan perbagai jenis manusia. dari yang paling malaikat sampai yang paling binatang. dari yang paling popular atas pentas sampai manusia paling tak bercakap dalam dunia. pernah main cinte dengan yang paling menyejukkan hati orang tua sampai cina naga petaling sterret sambil jual barang2 haram.

apa aku tak pernah rasa?

kalau aku adalah aku, sebuah buku takkan adil mendifinisi aku. aku patut dijilidkan -- kerana hidup aku berlapis2 fasanya. kerana aku manusia. dan aku masih degil untuk tidak lagi belajar darinya. selagi aku belum mati, penjilidan seorang aku tetap bberterus tak mau berhenti.

puisi adalah eskapisme aku. dunia di mana aku bisa lari dan bercerita tanpa perlu menumpahkan semua di dada.frasa2 tergantung menyelamatkan maruah aku dari terus lalai menceritakan semua.

kita semua ada rahsia.
dan puisi adalah peti besi aku.

*diam*

tapi aku sekadar pencerita.
dan semua yang mendengar semua cuma mahu mencari kisah mereka dalam cerita aku.

maka cari.


****

tiap hari, tiap malam waktu zaman belajar dulu memang suka stalk blog Fynn Jamal. jatuh cinta dengan bakat yang di beri pinjamNya, sekarang Puisi Tepi Jalan dah pun dijilidkan. huhay! yang aku beli cetakan yang ke-enam. ke-enam dah kot. dan terbaru Rabak-Lit nak buat cover baru. 

aku beli kat KB1M kuantan. kalau nak segala buku dari Rabak-Lit, Sang Freud Press, Terfaktab, Fixi dan segala adik beradiknya, KB1M jela satu-satu kedai yang ada kat Kuantan ni. ceh, siap promote segala. wuwuwu.

dari semua puisi yang ada, aku suka semua. semua lah. maksudnya semua lah. wush! jadi, yang terpaling suka yang ini,


manusia, pesen suka jagi hati orang untuk segala macam. tapi hati sendiri tak pernah terjaga. ranap.



dapat dan tak reti menjaga. kau ingat hati manusia ni apa?



bila dah give up. kalau gagah, kita bangun. itupun kalau.



itu interpretasi aku sendiri lah. sebab tu semua karya Fynn Jamal melekat-lekat kat hati. kadang baca macam kena perli, kadang baca tiba-tiba macam gagah, kadang baca macam nak maki orang. terpulang pada yang membaca. masing-masing ada rasa sendiri. 




keseluruhannya, aku bagi empat point sembilan dari lima. kalau buku di tambah puisinya lagi aku tambah lagi satu point ah. haha. 
boleh cenggitu?


tata!

5 comments:

Anonymous said...

kak. saya nak beli buku ni guna online.. macam mana?

ZR said...

oh, cuba cari page rabak-lit kat fb. situ ada instruction macam mana nak beli online. :)

Unknown said...

kuantan pahang ke ?

ZR said...

yup. kuantan pahang.

Unknown said...

KB1M dkt area mana ya?