masa meeting bagitau nak buat outing ke gambang waterpark aku macam,
'k. fine. tempat berair. tak suka.'
sampai tak bermood ni dan bermonolog sendiri kenapa tak jalan-jalan ke terengganu, boleh beli keropok lekor banyak-banyak. boleh beli bepang. eh! sedaknya bepang! kenapa tak ke melaka ke, boleh terai air kelapa shake-shake apa entah yang femes tu, pergi jonker walk ke. eceh. demand. last-last bila sampai aku yang paling tak ingat dunia main air. semua benda yang ada aku main. booo zarip! booo!
lagipun setakat duduk atas pelampung tu apa adahal. kalau kena berenang-renang tu memang aku surrender. kes pernah lemas waktu kem derjah enam. bukan lemas betul. baru nak lemas manja-manja lah. terus teroma sampai ke tua kata ko. haa cenggitu. so, pergi sana jam semilan sampai jam sepuluh. berhenti makan apa segala bagai lagi. jam sepuluh setengah jugak boleh masuknya. jadi sebelum boleh masuk main batu refleksologi kat luar tu dulu. kikiki.
taraaaaa! first time sampai walaupun duduk kuantan je. haih. ni sebelum masuk. boleh lah nak bergambar-gambar dulu. siap ada kerusi lagi kot-kot letih. heh.
bila dah boleh masuk setel pasal topup dulu. serius aku tak faham pasal topup-topup ni. aku main ikut je. orang topup, aku topup. kakaka. rupanya menda alah tu untuk sewa pelampung, loker, pondok, makan dan lain-lain. oh, cenggitu. next time ajak family datang sini takde lah noob sangat. ye dak?
maka nak setel segala apa jadah topup tu engko scan ajela menda tu. dah ada nombor. belen topup pun ada. jadi kalau tak habis guna topup boleh claim waktu nak balik. gitewww.
masa kat dalam menda ni je aku sempat ambik. orang lain belana-lana tangkap gambor. aku sekeping ni je dapat. sedih pedih. yang dalam gambor tu tak tahu apa ke nama, tapi pesen dia pasang ombak besar. pening-pening jugak main ombak ni. tapi dua tiga second jela pening. lepas tu dah ok. siap landing santai lagi atas pelampung. cuaca pulak redup elok. oh surga.
oh jap masa main air macam ala-ala duduk dalam sungai tu aku tertumuih masuk dalam air. aku pun tak tahu kenapa boleh jatuh dari pelampung. gila kau azab air masuk dalam hidung. rasa macam boleh mati kat situ. air paras dada elok. ni kalau dia pasang ombak tu memang aku lemas cenggitu jela gayanya. nasib lah kudrat ada nak naik semula atas pelampung. eh, gila! terus mende tu last main, naik tukar baju. kakaka! teroma jap pat puloh minit.
dalam jam satu siap semua rehat-rehat terus keluar cari makan. lapor gila!
dan last bergambor kat sini. apa lagi oi, pulang marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.
harapnya lepas ni encik presiden cadanglah outing jauh-jauh sikik. eh?
kbai!
No comments:
Post a Comment