roti jala, keledek goreng, sata, otak-otak dan macam-macam. apa lagi mau untuk happy kan perut? wihihi. ini dah masuk kali ke em em dah lupa kali ke berapa tempat kerja buat minum petang. tapi semalam punya sepesel sikit. ini kira farewell untuk pasangan Jerman Mr. & Mrs. Lehnert. dah ngam tiga bulan kat Mercu. so, pagi tadi dah berangkat ke KL dan sabtu nanti baru balik ke Jerman. itu pun katanya masuk ke Doha, Qatar dulu baru terus ke Jerman. tahun ni tahun ke-dua mereka datang ke Mercu dan katanya tahun ni Mercu lagi ok dari tahun lepas. maksudnya? tahun lepas mesti teruk eh? eh? eh?
sila-sila jamu mata sambil gosok-gosok perut. :)
sebelum makan-makan kena lah ada buat ucapan dulu. aku tak ambik port mana. sebab perut dah berdongdang dendang. ewah! macam biasa dia cerita flightnya jam berapa. cuaca kat Jerman macam mana. oh sehari sebelum aku sempat ke Natural Batik Village cari souvenir untuk mereka. tak tahulah baju yang aku bagi kat mrs dagmar tu muat ke tak. habis besar dah aku beli. jangan di buat lap kaki atau alas meja sudah. --'
dan jom makang-makang! apa lagi tunggu? makanan sudah di hidang dan roti jala tu super sedap! pandai kakak kitchen masak. heh.
dah selesai makan mrs dagmar main nyanyi-nyanyi pulak. katanya lagu pasal burung. patutlah tiap kali nyanyi dengar bunyi koo-koo je. haha. kelakar gila. macam bunyi lagu perang pun ye. perang dekat negara dia kot. tak dapat nak rekod. semua ralik dengar dia nyanyi. dah siap nyanyi lagi burung nyanyi lagu apa entah pulak dia nyanyi. yang lagu ni pesen kena bangun, ke kiri, ke kanan. seronok! tapi tak faham nak ikut nyanyi sebab bahasa Jerman. kesian. bila suruh mr klaus nyanyi cepat-cepat je isteri dia cakap ' no one here. ' ahaha. kejam.
sebelum majlis bersurai, bergambar dulu dan untuk makluman staff mercu memang 99% nya suka benor bab-bab bergambor ni. kan? kan? kan? malu lettew nak ngaku. hehe. lagipun semalam hari terakhir pasangan Jerman ni kat Mercu. apo salah eh bergambar.
yang tak boleh tahan semalam beria Mrs Dagmar menangis. takut rindu kami ye? hehe. semoga perjalanan mereka pulang ke Jerman dipermudahkan dan inshaAllah jumpa lagi tahun depan. :)
5 comments:
best kan dapat makan ramai2...=D
jadi berselera tak ingat. hehe. :)
Mr & Mrs klaus ni couple yg sama dgn diorg ni ke atau org lain lagi?
orang yang sama je iqa. banyak nama. saya panggil semua nama yang ada. kih kih.
Post a Comment