' memakai tudung adalah satu kewajipan berhijab dalam Islam bagi wanita yang telah baligh. ini berdasarkan firman Allah SWT dalam ayat 59 Al-Ahzab dan ayat 31 An-Nur. meninggalkan kewajipan berhijab/memakai tudung adalah berdosa. mengingkarinya atau mengejek orang yang memakai hijab pula boleh merosakkan akidah kerana mengingkari sesuatu yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan mengejek-ejek amalan agama.
wanita-wanita yang memakai hijab hendaklah bersyukur atas hidayah yang Allah telah berikan kepada mereka, tetapi tidak pula menjadikan amalan hijabnya satu alasan untuk memandang rendah wanita lain kerana sifat sedemikian adalah keji dan sebahagian daripada penyakit hati. apabila wanita menjaga auratnya daripada pandangan lelaki bukan muhrim, bukan saja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. harga diri wanita terlalu mahal. ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
pakaian bagi seorang wanita mukmin itu bukan saja menutup auratnya, malah sekali gus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhrimnya. sekali gus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki.
kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita muslim. sama ada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. aurat wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri. tudung di luar tudung di dalam. (hati) '
***
' hiasi diri dengan sifat suka bertolak ansur dan sentiasa bermanis muka, cuba jangan tinggal solat lagi, cuba didik diri menjadi orang yang lemah lembut dan menjaga diri serta maruah sebagai wanita Islam. barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. '
***
konversasi bersama NFA,
"teruskan dengan niat baik tu. takpe, pelan-pelan. sikit-sikit dulu."
"kena mintak dekat Allah jugak supaya dapat istiqamah dalam setiap perubahan baik yang Allah suka."
"hidayah Allah tu ada. cuma kita je yang nak terima atau tak. kalo kita tolak, kita jugak yang rugi."
"rasa nak berubah ke arah kebaikan tu pun, dah syukur sangat."
"tepuk dada, tanya iman. pilihan ada pada diri kita."
"jangan berlengah. setan tak penah penat untuk goda, hasut kita. nanti dah elok-elok rasa nak berubah, terbantut pulak sebab melengah dan terpedaya dengan hasutan tak baik. nauzubillah.."
inshaAllah
mohon di permudah
terima kasih nfa..
No comments:
Post a Comment