akhirnya kita lafazkan jua melalui suara hati..
apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
sejak bertahun-tahun sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. dia sendiri pasrah.
namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
berbolak-balik rasa hatinya. antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru. apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
ah.. sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. dia mengakui Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.
***
jap-jap-jap, untunglah birthday dapat Volkswagen Bettle. nak jugak! eh?
tahun lepas dah cuba-cuba baca. tapi aku nampak nama Fredo terus tutup semula novel. sebab? kurang minat kalau ada nama omputeh dalam novel melayu. heh.
cerita ni sangat straight to the point. tak payah belok kiri kanan. tak payah ada watak perempuan psiko macam Ayu dalam Teduhan Kasih tu. cukup adanya Ifti Liyana dan Mohamed Nazmi aje. cerita ni sangat rilek dan santai.
nak melebih-lebih komen macam tak syok jugak. kot ada yang belum baca. eh? nak tahu endingnya cenggane? haa. sila-sila beli novel ni. tak rugi baca. memang tip top habis cerita Manisnya Cinta ni. aku bagi lima bintang merelap merelip untuk novel dari Anis Ayuni ni.
dan-dan-dan asyik terbayang-bayang Fazura dan Shaheizy Sam je dari awal baca sampai habis. kikiki.
okbai! :D
No comments:
Post a Comment